SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Wednesday, 16 September 2015
RUJUKAN
http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/2013/01/kepentingan-industri-kecil-dan.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130925/re_01/Memperkasa-usahawan-desa
http://kppiks.blogspot.my/
http://sambellewa.blogspot.my/2015/08/asas-keusahawanan-pembangunan-industri.html
http://maszryelchia.blogspot.my/2015/09/1_14.html
http://www.rurallink.gov.my/web/guest/program-makanan-tambahan-seimbang-ptms-
file:///C:/Users/User/Downloads/rtc2015.pdf
7.0 KESIMPULAN
Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR
Antara langkah dan dorongan yang telah kerajaan salurkan kepada pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ini adalah dengan menyediakan pembiayaan dan geran. Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan. 6.1 Geran dan Insentif Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS: • Skim kewangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) • Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC) • Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) • Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) • Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB) • Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) 6.2 Skim Khas Bank Negara Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan 6.3 Pinjaman Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS: • Institusi kewangan kerajaan • Bank komersial • Syarikat kewangan 6.4 Program Latihan dan Pembangunan Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. • Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) • Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) 6.5 Khidmat Nasihat dan Perundingan Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain. • Khidmat nasihat dan sokongan teknikal • Panel penasihat pakar EKS (SEAP) • Skim khidmat pakar perunding MARA • Bahagian pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI) • Seksyen pembangunan industri kecil dan sederhana • UKM Pakar Runding Sdn Bhd • Persatuan IKS Malaysia 6.6 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. a) Program rantaian industri b) Program pembekal global c) Program peningkatan kemahiran 6.7 Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA: a) Latihan Keusahawanan b) Skim Latihan perintisan c) Program promosi pemasaran 6.8 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MECD: a) Latihan asas perniagaan (LAP) b) Latihan Asas Keusahawanan Siswazah c) Program pemasaran bersepadu perabot d) Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian Latihan Keusahawanan e) Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) f) Program Latihan Anjuran Bahagian Francais dan Vendor
5.0 SISTEM SOKONGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi IKS yang mampan. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti :-
• Memperbaiki sistem sokongan institusi
• Memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan
• Menaiktaraf kemahiran teknologi
• Mempertingkatkan akses pasaran
• Menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak dan
• Menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek.
Dalam menggalak dan menaiktarafkan IKS Bumiputera di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan dipertingkatkan lagi untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dan juga mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan bumiputera. Untuk membolehkan PKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan.
Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.
4.0 HALANGAN DAN CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Oleh kerana terlalu banyak pengusaha yang ingin menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan teknologi banyak mempengaruhi kejayaan IKS dan sememangnya memberi perubahan yang besar kepada produktiviti IKS. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu diperkenalkan untuk membantu IKS memodenkan operasi dan mengurangkan kos pengeluaran. Antara yang boleh dipertingkatkan ialah intensif yang menggalakkan pengusaha IKS terutamanya di luar bandar beralih daripada cara tradisional kepada teknologi moden. Pengusaha IKS di luar bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan mereka dapat diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif bagi pengusaha IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan.
Selain itu, industri ini menghadapi cabaran dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini.
Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan, misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja.
Sokongan kerajaan tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi kejayaan IKS. Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif dan program untuk menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan IKS kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam bentuk program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan mendidik bakal usahawan.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)