KOD KURSUS : SADE1013-ASAS KEUSAHAWANAN
TAJUK : IKS LUAR BANDAR
Keusahawanan sering diiktiraf sebagai pemangkin dalam mengubah dan meningkatkan taraf hidup
sesebuah komuniti. Bagi memastikan keberkesanannya, penyertaan komuniti dalam
bidang keusahawanan adalah perlu, terutamanya dalam projek-projek pembangunan
di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, tahap penyertaan komuniti dalam
bidang keusahawanan adalah masih rendah. Tujuan tugasan ini adalah untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan komuniti dalam
keusahawanan, agar hala tuju penyertaan komuniti dalam bidang ini dapat dikenal
pasti.
Selain itu,
faktor-faktor pelengkap lain yang
menentukan trend ini di kawasan luar bandar juga dibincangkan. Melalui
penyertaan dalam kalangan ahli-ahli komuniti, diharapkan keusahawanan luar
bandar akan maju ke arah kemakmuran dan kejayaan pembangunan kawasan luar
Bandar. Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan
perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi
RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di
Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat
sokongan penuh daripada kerajaan.
Dalam menongkah dan
mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1
Malaysia yang berpaksikan slogan “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hal ini juga merupakan rentetan kepada
Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran
negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS).
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete