Wednesday, 16 September 2015

5.0 SISTEM SOKONGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi IKS yang mampan. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti :- • Memperbaiki sistem sokongan institusi • Memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan • Menaiktaraf kemahiran teknologi • Mempertingkatkan akses pasaran • Menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak dan • Menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek. Dalam menggalak dan menaiktarafkan IKS Bumiputera di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan dipertingkatkan lagi untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dan juga mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan bumiputera. Untuk membolehkan PKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment