Wednesday, 16 September 2015

4.0 HALANGAN DAN CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

Oleh kerana terlalu banyak pengusaha yang ingin menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan teknologi banyak mempengaruhi kejayaan IKS dan sememangnya memberi perubahan yang besar kepada produktiviti IKS. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu diperkenalkan untuk membantu IKS memodenkan operasi dan mengurangkan kos pengeluaran. Antara yang boleh dipertingkatkan ialah intensif yang menggalakkan pengusaha IKS terutamanya di luar bandar beralih daripada cara tradisional kepada teknologi moden. Pengusaha IKS di luar bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan mereka dapat diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif bagi pengusaha IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan. Selain itu, industri ini menghadapi cabaran dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini. Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan, misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja. Sokongan kerajaan tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi kejayaan IKS. Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif dan program untuk menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan IKS kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam bentuk program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan mendidik bakal usahawan. Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.

No comments:

Post a Comment