Wednesday, 16 September 2015

PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI LUAR BANDAR


LAMPIRAN (Madu Kelulut Keda Resort Bendang Man)

Madu Kelulut Keda Resort Bendang Man



RUJUKAN

http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/2013/01/kepentingan-industri-kecil-dan.html http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130925/re_01/Memperkasa-usahawan-desa http://kppiks.blogspot.my/ http://sambellewa.blogspot.my/2015/08/asas-keusahawanan-pembangunan-industri.html http://maszryelchia.blogspot.my/2015/09/1_14.html http://www.rurallink.gov.my/web/guest/program-makanan-tambahan-seimbang-ptms- file:///C:/Users/User/Downloads/rtc2015.pdf

7.0 KESIMPULAN


Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR


Antara langkah dan dorongan yang telah kerajaan salurkan kepada pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ini adalah dengan menyediakan pembiayaan dan geran. Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan. 6.1 Geran dan Insentif Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS: • Skim kewangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) • Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC) • Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) • Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) • Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB) • Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) 6.2 Skim Khas Bank Negara Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan 6.3 Pinjaman Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS: • Institusi kewangan kerajaan • Bank komersial • Syarikat kewangan 6.4 Program Latihan dan Pembangunan Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. • Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) • Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) 6.5 Khidmat Nasihat dan Perundingan Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain. • Khidmat nasihat dan sokongan teknikal • Panel penasihat pakar EKS (SEAP) • Skim khidmat pakar perunding MARA • Bahagian pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI) • Seksyen pembangunan industri kecil dan sederhana • UKM Pakar Runding Sdn Bhd • Persatuan IKS Malaysia 6.6 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. a) Program rantaian industri b) Program pembekal global c) Program peningkatan kemahiran 6.7 Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA: a) Latihan Keusahawanan b) Skim Latihan perintisan c) Program promosi pemasaran 6.8 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MECD: a) Latihan asas perniagaan (LAP) b) Latihan Asas Keusahawanan Siswazah c) Program pemasaran bersepadu perabot d) Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian Latihan Keusahawanan e) Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) f) Program Latihan Anjuran Bahagian Francais dan Vendor

5.0 SISTEM SOKONGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi IKS yang mampan. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti :- • Memperbaiki sistem sokongan institusi • Memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan • Menaiktaraf kemahiran teknologi • Mempertingkatkan akses pasaran • Menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak dan • Menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek. Dalam menggalak dan menaiktarafkan IKS Bumiputera di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan dipertingkatkan lagi untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dan juga mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan bumiputera. Untuk membolehkan PKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.

4.0 HALANGAN DAN CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

Oleh kerana terlalu banyak pengusaha yang ingin menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan teknologi banyak mempengaruhi kejayaan IKS dan sememangnya memberi perubahan yang besar kepada produktiviti IKS. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu diperkenalkan untuk membantu IKS memodenkan operasi dan mengurangkan kos pengeluaran. Antara yang boleh dipertingkatkan ialah intensif yang menggalakkan pengusaha IKS terutamanya di luar bandar beralih daripada cara tradisional kepada teknologi moden. Pengusaha IKS di luar bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan mereka dapat diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif bagi pengusaha IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan. Selain itu, industri ini menghadapi cabaran dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini. Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan, misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja. Sokongan kerajaan tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi kejayaan IKS. Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif dan program untuk menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan IKS kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam bentuk program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan mendidik bakal usahawan. Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.

3.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN IKS TERHADAP EKONOMI NEGARA.

Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Sebagai contoh kilang membuat madu kelulut, kilang membuat kicap, kilang kraf tangan hasil semulajadi dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pusat tranformasi luar Bandar (RTC), pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Pusat Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Centre -RTC ialah pusat sehenti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat setempat dengan mengimbangi kepesatan pembangunan bandar dan luar bandar demi mensejahtera dan meningkatkan pendapatan rakyat. RTC dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Mei 2011, yang merupakan inisiatif baru di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS 4). Penubuhan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Luar Bandar Rural Transformation Program (RTP). NBOS menekankan konsep perkongsian sumber dan kemudahan melalui kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta (breaking the silos) di bawah : Program Transformasi Sosial (STP) yang memberi penekanan kepada • Kesan yang besar kepada rakyat (high impact) • Pelaksanaan yang cepat (rapid execution) • Kos yang rendah (low cost) • Kemampanan (sustainability) Meskipun keuntungan penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi Negara. Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang ramai. Sebagai contoh, kilang membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15 hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat . Hal ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap pengusaha IKS yang prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya, para pekerja tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran. Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita yang tercinta ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah melancong ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa “tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

2.0 TAHAP PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR


Secara khususnya hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara Malaysia yang ini.

1.0 PENGENALAN IKS LUAR BANDAR

KOD KURSUS : SADE1013-ASAS KEUSAHAWANAN
TAJUK              : IKS LUAR BANDAR

Keusahawanan  sering  diiktiraf  sebagai  pemangkin  dalam mengubah dan meningkatkan taraf hidup sesebuah komuniti. Bagi memastikan keberkesanannya, penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah perlu, terutamanya dalam projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, tahap penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah masih rendah. Tujuan tugasan ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan komuniti dalam keusahawanan, agar hala tuju penyertaan komuniti dalam bidang ini dapat dikenal pasti.
Selain itu, faktor-faktor  pelengkap lain yang menentukan trend ini di kawasan luar bandar juga dibincangkan. Melalui penyertaan dalam kalangan ahli-ahli komuniti, diharapkan keusahawanan luar bandar akan maju ke arah kemakmuran dan kejayaan pembangunan kawasan luar Bandar.  Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan  “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).